FAQ
Bagaimana kad digital berfungsi?
Selepas siap tempahan anda, pihak Paperkut akan memberikan satu link kepada anda supaya anda boleh menghantar kepada para tetamu. Para tetamu akan menerima kad kahwin digital anda. Mudah dan tidak perlu print.
Berapa lama tempoh siap?
Pihak Paperkut akan mengambil masa 1-2 hari bekerja. Kami akan siapkan secepat mungkin selepas mendapat segala maklumat dari pihak anda dan pembayaran dibuat.
Boleh kah saya menukar maklumat selepas kad digital siap?
Boleh. Tetapi penukaran maklumat maksimum tiga kali sahaja tidak dikenakan bayaran. Selepas itu akan dikenakan bayaran untuk sebarang penukaran maklumat.
Bagaimana untuk memberikan maklumat majlis?
Anda boleh whatsapp nombor yang tertera di bahagian kad digital pilihan anda. Kami akan membantu anda.
Bolehkah saya customise kad digital saya berdasarkan kad fizikal?
Boleh, tetapi kami perlukan file daripada anda. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.